Go confidently in the direction of your dreams! Live the life you've imagined.

December 28, 2022

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 2022

FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN UJIAN  AKHIR  SESI AKADEMIK SEKOLAH RENDAH TAHUN 4, 5 DAN 6

 - sedikit perkongsian berkenaan format ujian

1. Ujian akhir sesi akademik ialah ujian peringkat sekolah dan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PBD sumatif di akhir kalendar akademik. Ujian akhir sesi akademik BUKAN merupakan pentaksiran pusat.

2. Ujian akhir sesi akademik adalah untuk menguji tahap kognitif murid BUKAN membandingkan prestasi atau pencapaian antara murid, sekolah, daerah dan negeri.

3. Ujian akhir sesi akademik bertujuan mengumpul dan mendapatkan maklumat mengenai tahap pencapaian akademik murid atau kandungan yang dipelajari murid sepanjang sesi akademik. Seterusnya, ujian ini juga dapat memberi gambaran yang menyeluruh tentang perkembangan kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Maklumat ini dapat membantu guru merancang dan melaksanakan intervensi untuk membangunkan potensi murid.

4. Ujian akhir sesi akademik melibatkan murid sekolah rendah tahap dua iaitu Tahun 4, 5 dan 6 bagi sesi akademik semasa sahaja.

5. Instrumen pentaksiran dan panduan penskoran bagi murid sekolah rendah (tahun 4-6) melibatkan lima mata pelajaran dengan peruntukan masa yang telah ditetapkan. 

6. Instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik disediakan dalam dwibahasa.

7. Instrumen pentaksiran dan panduan penskoran bagi mata pelajaran lain perlu disediakan oleh pihak sekolah.

8. Ujian akhir sesi akademik ini melibatkan 5 subjek bagi komponen ujian bertulis sahaja, manakala komponen lain seperti ujian lisan, amali dan lain-lain dilaksanakan dalam PBD berterusan.

Isi kandungan ini diambil dari GARIS PANDUAN PENTADBIRAN UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK yang dikeluarkan oleh LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA. 


BOLEH RUJUK PAUTAN BERIKUT :- 

Garis Panduan LP

Sekolah Rendah

0 Comments:

Post a Comment