Go confidently in the direction of your dreams! Live the life you've imagined.

August 22, 2014

Malaysia Berkabung...


Assalamualaikum

22 Ogos 2014

hari ini satu tarikh penting dalam lipatan sejarah Malaysia..
satu negara dalam redha menerima ketetapan Allah swt
siapalah kita untuk menghalang..




di sekolah tadi pun.. 
kami turut serta sedekahkan al-Fatihah dan bertafakur..


sekadar menginsafi apa yang telah berlaku..


mensyukuri nikmat yang masih Allah kurniakan kepada kita yang masih ada..
secekal mana pun kita tetap terasa sebak di dada tatkala menatap 
keranda di sebalik Jalur Gemilang diturunkan dari pesawat 
dan dihantar ke dalam van jenazah untuk dibawa pulang ke destinasi masing2..

Ya Allah, hebat ujianMu, moga yang menerimanya tabah dan redha..


- bertambah sedih dan sebak melihat anak2 kecil yang menyambut kepulangan ibu dan ayah 
tanpa dapat memeluk erat mahupun menatap wajah...




#MH17 #malaysiaberkabung

Even now dengar muzik latar dlm news
pun rasa nak nangis.. Huhu 😢😢
Al-Fatihah...

0 Comments:

Post a Comment