Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di
makkah
dan bermaksud sungai di surga.kolam sungai ini diperbuat
daripada
batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu
dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad
kerana
diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi
iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:
♥ baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t
memakbulkan doa kita.
♥ jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di
leher, insya Allah hilang dahaga
♥ jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak sapukan air mawar
yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
♥ jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah-mudahan
Allah s.w.t
bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu
♥ jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah
♥ jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika
menunaikan solat
♥ jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,
Allah
s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi
dizalimi
Rasulullah bersabda,
"Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang
mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal
dunia) dia akan tetap memperoleh pahala
0 Comments:
Post a Comment