this quote...
"Unless you're willing to have a go, fail miserably, and have another go, success won't happen."
Phillip Adams
Phillip Adams
sebagai guru aku merasakan kegagalan aku hari ini
adalah kerana aku masih lagi dalam proses belajar...
aku belajar menjadi pendidik..
aku belajar bersabar menangani karenah dan birokrasi..
aku belajar mencari ilmu untuk di curahkan kepada anak didikku..
sebagai ibu aku merasakan keperitan yang ku lalui
hari ini adalah kerana itulah yang perlu aku tempuh
aku perlu mendidik dan memberikan yang terbaik buat
mereka yang bergelar anak...
kerana moleknya mereka di masa hadapan
adalah kerana acuan dan panduan yang aku beri selama ini..
sebagai isteri aku merasakan ketegangan
yang aku lalui kini.. adalah kerana aku masih belajar menjadi isteri yang baik..
aku tidak sempurna..
aku bukanlah sahabat terbaik buat dia..
tapi aku yakin aku harus berusaha ke arah itu
agar kebahagiaan dan kejayaan yang aku impikan
menjadi suatu kenyataan..
berusahalah untuk masa depan yang lebih baik..
berusahalah menjadi insan yang lebih baik..
kerana kita tidak tahu sampai bila kita mampu mengharungi
dan mampu bertahan..
0 Comments:
Post a Comment