Go confidently in the direction of your dreams! Live the life you've imagined.

September 08, 2010

Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan

walahai..
dah nak raya lah..
hehe...
da ready ke korang..

apa juadah nak beraya nanti...
raya pulak di mana..

aku as usual akan berada di Perlis dulu pada pagi raya pertama
mungkin sempat ler nak terjah rumah kengkawan
(sudikan kalian menerima kunjunganku)

then tengah hari or petang baru dapat balik ke umah tok aku di Kepala Batas
tapi raya mungkin jatuh ari Jumaat kan..
hmm
jgn lupa nooo solat Jumaat

apapun ni ada sikit lagi aku nak share ngan korang



  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).
sumber

semoga perkongsian ilmu yang tidak seberapa ini
akan menambahkan lagi ilmu kita
aku pun bukannya arif sangat
tapi mujurlah segalanya mudah sekarang..
boleh klik..klik n carik

so to all
selamat menjalani hari2 terakhir Ramadhan


0 Comments:

Post a Comment