Go confidently in the direction of your dreams! Live the life you've imagined.

July 30, 2010

aku yang dah tadak maid

mulai ari sabtu lepas secara rasminya aku da tadak maid lagi
well actually my weekly helper..
alah yang aku dok story kadang2 dalam blog aku nih..


nak dijadikan cerita aku pun tak baper tau sangat kenapa
tapi ari Isnin aritu baca paper
aku agak terkejut dengan
apa yang direncanakan


yup
helper yang aku dok amik setiap hari Khamis tuh
ada terselit gambarnya di situ
kesian aku baca kisah dorang..

mmg Seri ada ceritakan pada aku
masalah2 yang dihadapi di rumah tokey dia tuh
tapi aku tak sangka sekronik ini
kali terakhir Seri datang
dia bagitau skrg kat rumah waktu pagi n malam
air selalu takdak

aku ngan Hn syak mmg tokey saja tutup air
dan bukannya masalah air sebagaimana yang diberitahu oleh Seri
Seri pun selalu cerita yang ramai jugak kawan2 dia yang lari dari situ

baru aku faham kenapa mereka bertindak begitu..
pernah aku ajak Seri datang kerja terus dengan aku
tapi dia cakap dia suka kerja dengan semua majikan dia
(kami semualah kot kan)
dan dia tadak masalah dgn semua majikan2 dia
tapi ropanya tokey dia yang dok bagi masalah

siasatan mendapati seluruh kawasan rumah turut dilengkapi 14 kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai untuk mengawasi pergerakan pekerja terbabit.
Seri pernah bagitau aku pasal kamera nih
katanya tokey pasang sebab selalu sangat ada amah2 nih
dok cerita nampak hantu lah bagai
ropanya dia yang dok jadi hantu dalam rumah tuh..


sampai sekarang anak2 pun dok tanya mana kak Seri
aku bagitau kak Seri takkan datang sini lagi
sedih jugak
sebab aku da niat nak bagi kain or baju tuk raya nanti dekat dia

mungkin dah takdak rezeki dia kot kan..
apapun aku sedih mengenangkan nasib dorang..
sekarang nih kat manalah agaknya Seri
mesti dia pun sedih kan..

huhu..


0 Comments:

Post a Comment