Go confidently in the direction of your dreams! Live the life you've imagined.

March 30, 2010

susah sangat ke nak bagi kata semangat dan pujian serta sokongan

aku percaya kepada kesudahan yang baik adalah hasil dari permulaan yang baik... aku tidaklah mengatakan yang semua perlu kepada perfect untuk jadi cantik.. tidak.. tapi sekurang2nya tunjukkanlah kesungguhkan untuk menjadikan ianya cantik dan lebih baik...

sejak dua menjak nih.. kat sekolah da tidak semeriah dulu... meriah dengan suara budak2 dan cikgu2 ye memanglah ... tapi aku rasa cam semakin sunyi dan suram jer... tiada lagi kemeriahan gelak tawa dan tolong menolong sewaktu proses persiapan sesuatu aktiviti... kurangnya penglibatan semua sewaktu penganjuran program2 tertentu...




semuanya sebab... sekarang kami da kurang anjurkan program.. kurang da aktiviti yang melibatkan semua guru dan murid.. dalam erti kata lain.. sek aku kini da tak buat lagi program2 yang kalau sebelum nih.. pantang sebut harus jadi... tapi sekarang cam semua da malas nak buat.. semua da makan hati dengan statement yang telah dikeluarkan oleh seseorang.. betul la kata pepatah 'terlajak perahu boleh di undur, tapi terlajak kata.. ' sedih jugak bila segala usaha yang dibuat khusus untuk murid dan guru tapi akhirnya di berikan kata2 sinis dan tiada penghargaan... segala keseronokan tatkala menganjurkan program seakan di tarik dengan kata2 yang seakan ingin menjatuhkan... kurangnya sensitiviti membuatkan semua seakan makan hati...





aku sedih lah....


0 Comments:

Post a Comment