suaminya nanti cepat menjadi bosan...
sapa ada masalah berat badan.. terasa mcam tak seronok je ngan diri sendiri dek kerana rasa cam badan gemuk, spare tyre sana sini.. sila angkat .............................. keyboard anda.. hehe..
lawak jer.. aku sebenarnya pernah jugak rasa cam tak suka sangat dengan diri aku sebab aku rasa lepas jer deliver Afi aku gemuk.. pakai baju itu nampak gemuk.. pakai seluar itu tak muat.. kena beli saiz yang lebih besar dan itu sangat aku tidak suka.. how i wish to be like i used to be before..
dan aku membaca di sana sini tentang petua macam mana nak sihat, langsing n cantik di mata (mata aku dan orang2 di sekeliling aku lah kan) sebab sapa yang tak mau kelihatan cantik betul tak.. (n owh dua2 link tuh adalah entry yang sama tapi aku nak credit ke dua2 blog)
marilah membaca bersama2
a. Bangun daripada tidur sahaja tanpa mengosok gigi, anda harus terus meminum air masak segelas. Ini kerana badan kita telah dehydrate selepas beberapa jam tidur. Badan perlukan air, lebih 70%…
b. Pastikan anda makan pagi ataupun breakfast, makanan yang paling baik sebelum makanan yang pelbagai ialah buah-buahan, contoh; buah kiwi, oren, pisang, dsbnya.
c. Makan pagi atau breakfast sebelum jam 10:30 pagi, sebab bila dah cecah 12pm, makanan yang bakal dimakan akan menjadi makan tengahari dan kalau terlambat anda mula melantak.
d. Pastikan anda buang air besar setiap hari sekurang-kurangnya sekali…kalau tak boleh, bagi sampai boleh…sebab air besar tu salah satu toksin yang boleh mengemukkan badan dan melemahkan badan.
e. Makan tengahari seperti biasa dan pastikan anda lebihkan benda yang berfiber seperti sayur.
f. Seelok-eloknya minum air pada akhir makan selepas sekurang-kurangnya 30minit. Bagi makanan turun dulu. Kalau minum air dalam masa terdekat boleh menyebabkan enzim dalam perut mencair dan melambatkan proses pencernaaan anda. Tapi kalau rasa nak tercekit, minumla seteguk.
g. Banyak minum air suam, sekurang-kurangnya 8 gelas besar sehari.
h. Kalau rasa nak kudap-kudap, cari makanan yang kurang MSG dan berguna untuk zat badan, seperti buah-buahan dan kismis ke, ataupun apa sahaja yang berzat.
i. Cari masa dan peluang untuk melakukan aktiviti beriadah ataupun bersukan. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan setiapnya ialah 15-20 minit. Jangan malas kalau nak badan sihat dan cantik.
j. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, ianya mampu menyegarkan badan disamping membantu meyingkir toksin-toksin dan kuman yang tak menyihatkan badan.
k. Makan malam biarla sebelum jam 8.30pm. Dan makanla di meja makan, jangan dihadapan televisyen. Kusyuk ketika makan. Alami dan hayati apa yang anda makan, ini kerana ketika makan otak anda yang akan menyatakan perasaan rasa makanan tersebut lalu disampaikan kepada organ tubuh badan yang lain supaya mempermudahkan proses pencernaan. Jangan tamak. biar kualiti dan bukan kuantiti.
l. Cuba mencari bahan bacaan yang berfaedah, daripada asyik mengadap televisyen. Sekurang-kurangya sehari sekali sebelum tidur. Baik untuk rehatkan minda untuk keesokkan harinya.
m. Tidur awal, sebelum tu basuh kaki, tangan, kumur dan tidurla dengan perasaan bersyukur dengan segala nikmat yang telah di beri. Jangan lupa minum air juga.
JIka mengamalkan petua aku ni sekurang-kurangnya salah satu daripada M…semoga badan anda akan lebih cantik, langsing dan sihat. Ini petua, aku pun praktik sendiri. Selamat beramal.
hmm ingin mencuba.. tak salah kan.. ala bukan susah pun betul tak.. hehe.. dan aku sekadar ingin menyampaikan ilmu ini juga.. sebab mungkin korang tak baca blog tuh.. dan berkongsi ilmu nih kan sesuatu yang baik..
wahh.. tips yang bagus.. tq2
ReplyDelete