ya Allah adakah aku seorang hambamu yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang ada.. harapnya tidak.. kerana selama ini aku amat bersyukur dengan segala kurniaan Mu.. aku bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan.. aku bersyukur dengan ilmu yang Kau curahkan.. aku bersyukur dengan apa yang aku ada..
namun aku rasa kesunyian.. aku rasa tiada kebahagiaan dalam diri aku.. aku gembira tapi di dalam hati aku sentiasa berduka.. aku ketawa tapi hakikatnya tidak... Ya Allah aku tidak mahu menjadi hambamu yang tidak bersyukur.. aku tidak mahu ingkar setiap apa yang kau telah tetapkan.. namun jiwa aku seakan kosong.. aku ada segalanya namun jiwaku terasa sunyi dan sepi sekali..
bersyukurlah dengan apa yang telah dikurniakan... kerana ada yang lebih daif dan serba kekurangan di luar sana.. belajarlah menerima setiap apa yang telah berlaku.. pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian.. tabahlah menghadapi setiap ujian yang diberikan kerana itu satu petanda yang Dia sentiasa memerhati dan memberi perhatian.. bermohonlah padaNya.. kerana Dia Maha Mengetahui dan Dialah jua tempat terbaik untuk mengadu...
0 Comments:
Post a Comment