Go confidently in the direction of your dreams! Live the life you've imagined.

June 08, 2009

After...


setelah selesai proses melahirkan Afi Arrayyan...
kisahnya tidak terhenti di situ..

sebentar tadi aku bersyukur kerana kelahirannya..
aku terasa sayu mendengar azan yang dilaungkan Hn dan doc Annuar...
dan aku terasa sebak melihat tubuh kecil itu diselaputi darah..

dan seterusnya..
aku terpaksa melalui proses seterusnya..
bahagian bawah terpaksa di jahit... aku sedar akan perkara itu...
dan nurse memaklumkan bahawa aku akan diberi ubat tidur untuk
proses tersebut... so i guess i'm not going to feel anything...

Hn sempat ucapkan tahniah sebelum di minta keluar bersama
seorang lagi nurse untuk membersihkan Afi..

sesuatu di masukkan ke dalam drip dan aku terus tidak sedarkan diri...







1215 mlm

aku tersedar dari tido yang sungguh lena...
waktu tuh aku mengiring di sebelah kanan badan aku..
sengal2 badan dan kebas di kaki masih terasa...
waktu itu aku sedar prosesnya sudah selesai...

seorang nurse datang dan bertanyakan keadaan aku..
aku cakap ok tapi bila diminta untuk bangun untuk di hantar ke wad aku
tak berdaya...
mungkin kerana kesan ubat epidural masih ada dan aku gagal untuk
menggerakkan kakiku...
aku diminta berehat dulu di situ...
sempat nurse melawak.. katanya kalau nak tidur di sini terus pun tak apa..
haha...
lawak pulak nurse nih...


Hn datang...
sempat dia tunjukkan gambar yang diambil..
arghhh comelnya Afi...



setelah merasakan badan aku agak stabil aku di bawa ke wad tuk berehat..
Hn bermalam di situ jugak... tapi tidak di benarkan di dalam wad.. so
terpaksalah di tidur di dalam surau..
alahai siannya suamiku...



0 Comments:

Post a Comment