Go confidently in the direction of your dreams! Live the life you've imagined.

December 04, 2008

Interview SPP Part 2

arituh berenti dekat mana tah..
jap nak refer balik..

time nih..
kawan aku tuh masuk..
dia giliran yang ke 2...
huhu bila dia masuk aku mula gabra..
yelah nak sembang dah tak dak geng...
mujur interview nih ramah2 jugak semuanya...
so kami sembangler sikit2 pasal belajar di maktab dan keadaan di sekolah...

then akak yang masuk bilik temuduga 1 tuh kuar..
apalagi semua pakat tanyalah kena soal apa..
dia cakap soalan berkaitan PIPP, apa yang belajar di maktab dan isu semasa..
owh so maksudnya bilik 1 nih mmg soalannya agak mencabar...
then orang kedua masuk...

Encik Urusetia terus menyemak sijil2..
then..

Kes 2
'Encik, boleh saya minta borang senarai tugas' dia tanya dekat cikgu laki tuh
'Dah disertakan sekali dengan borang tatatertib tuh' jawab cikgu tadi..
'yang ada kat dalam nih.. formatnya bukan yang asal, bukan yang cikgu patut download dari website SPP'
'tapi saya dah minta GB sekolah kepilkan sekali borang yang saya download tu'
'Maaf encik, kami perlu format yang asal bukan yang ditaip semula... kalau tak ada maksudnya cikgu tak boleh ditemuduga.. cuba cikgu telefon sekolah dan semak dengan pejabat.. mana tahu kot tercicir'
'Ye lah saya cuba telefon tengok'

adoiilla... aku rimas betul dengan situasi sebegini...
bukannya aku nak salahkan cikgu tu tak betul2 semak cuma bila jadi situasi sebegini aku jadi cemas... risau.. kot2 satlagi aku pun kena situasi yang sama.. tapi alhamdulillah tadi Encik Urusetia dah semak semua ok..

'Memang tiada di sekolah encik.. macam mana' cikgu tuh bagitau...
'Kami tak boleh temuduga cikgu melainkan ada borang senarai tugas tu.. so saya nasihatkan cikgu balik ke sekolah dan buat semula.. sekolah cikgu jauh ke dari sini'
'Kalau macam tu saya uruskan dulu.. tapi saya masih boleh ditemuduga kan'
'Kalau boleh cepat sikit ye cikgu, jangan ambil masa yang lama sangat'

alhamdulillah cikgu tu diberi peluang.. semoga dia dapat ditemuduga harini...
kawan aku pun dah kuar dari bilik temuduga (apara aku nih.. kejap bi kejap bm)..
dia kena soalan yang lebih kurang sama..
berkenaan sekolah dan memandangkan dia cikgu sains... so Dato' tuh tanya berkenaan dengan Science Process Skill...
aku ada gak belajar nih sebab minor kami Sains...
tapi dia kena soal in English.. so the answer need to be in English too..
erkssss....
aku cikgu Bi takkan dia nak soal aku dalam BI kot..
aku ingat dulu orang SPP yang mai bagi taklimat dekat maktab cakap kena guna BM tak boleh guna BI...
then kawan aku cakap terpaksalah jawab dalam BI.. hehe.. ropanya dek kerana gabra.. dia terlupa pasal skill tuh walhal dkt sekolah dok ajar benda alah tu lah..
then kawan aku wish all the best n balik..
huhu orang ke 3 masuk so ada lagi 1 orang sblm aku..

Kes 3
'Cikgu boleh bagi saya diploma dalam BM tak'
'Yang saya dah photostat ni tak boleh ker...'
'Maaf cikgu, kami dah nyatakan dalam surat.. semua perlu dalam BM.. kecuali diploma atau sijil yg memang diiktiraf baru kami boleh terima dalam BI'
'Tapi sijil tuh saya tertinggal di Grik..'
'Jauh tuh.. memang tak sempat kalau nak balik ambil'

'Cuba cikgu cari kot tercicir dalam kereta ker... sebab kalau tak ada sijil nih kami tak boleh temuduga cikgu...'
'Baiklah saya pergi cari tengok'

'Maaf encik, memang tak ada.. betul saya tertinggal di Grik'
'Kenapa tak semak dulu, kan kami dah nyatakan dalam surat.. sijil cikgu nih tak diiktiraf kalau dalam BI sebab ia hanya terjemahan.. kami perlu yang dalam BM.. kalau ianya dari UPM (ada lagi U yang dia sebut tapi aku dah lupa) mmg kalau boleh terima kalau ianya berbahasa Inggeris... tapi yang nih tak boleh sebab ia hanya terjemahan dan dah ditulis nih ha'
'Habis tu macam mana'
'Kami minta maaf.. dokumen cikgu tak lengkap.. kalau nak balik ambil pun mmg tak sempat.. jadi macam nilah, cikgu tak boleh ditemuduga hari ini'
'Kalau tak ditemuduga macam mana'
'Cikgu balik dulu dan tunggu surat panggilan 3 bulan dari sekarang.. masa tuh nanti tolong pastikan semua dokumen lengkap... tarikh lantikan tidak akan terjejas cuma cikgu lambat ditemuduga'

aku tahu cikgu tuh menangis..
tapi apa boleh buat...

okeh aku sambung nanti..
citer aku di dalam bilik temuduga..

0 Comments:

Post a Comment