Go confidently in the direction of your dreams! Live the life you've imagined.

September 21, 2008

erti bahagia

haritu aku ada tulis pasal tok aku kan..
lani dia masih duduk di rumah mama..
tapi asyik dok cakap nak balik duduk umah dia nun di kg..
aduh.. bila dia kata nak balik terus kami sebak..
yelah dia kan sakit..
pastu dok nak balik jugak duduk umah sorang2
or at least she wants to bring along mom's maid..

bila abah aku dapat tahu..
harus ler dia sedikit bising...
bukan marah tapi dia risau..
aku tau abah amat risaukan keadaan ibunya itu..
dan abah sedang berusaha utk memulihkan semula ibunya..
tadi tok cakap dia nak balik rumah..
abah aku cakap biarlah duduk di sini dulu..
lagipun di kg tu siapa yang nak jaga..
tok cakap "takpa aku boleh duduk sorang"
...

aku akui selepas arwah wan meninggal..
tok mmg duduk sorang di umah..
kadang2 mak long aku atau sepupu aku akan pi teman..
kebiasaannya di waktu malam...
yelah orang tua..
di mulut mmg kata berani..
tapi kita fikirkan sakit pening dia..
kot nanti jatuh ke apa ker..
tu pasal orang nak temankan..

dan tok mmg tak boleh duduk diam..
sepanjang ingatan aku..
tok mmg buat kerja rumah sendiri..
tapi sejak dia sakit nih..
orang lain kena bantu..
dan aku rasa tok tak suka dengan keadaan itu..
mama aku pun setuju dengan pandangan ini..

tadi abah tinggikan suara pada ibunya..
aku tahu abah bukan sengaja..
sebab dia buat begitu sebab dia nak ibunya faham
yang dia sayangkan ibunya..
dan dia inginkan ibunya kembali sihat..
abah cakap dekat tok..
"cek tau tak elok cakap macam nih"
"tapi mak pun kenalah faham"
"orang nak bagi mak tu baik dulu"
"ni kalau sakit nak duduk umah sorang2 sapa nak tengok"

aku yang mendengar jadi sebak..
pelan2 aku urut kaki tok dan cakap ngan tok
"tok duduklah sini dulu.. nanti kalau dah kuat baru tok balik na"
mujur aku tak nangis.. walaupun dalam hati aku rasa air mata dah mengalir deras..

aku harap aku mampu jadi anak yang baik kepada ibu bapa aku..
aku harap jugak aku cucu yang baik buat dua orang nenekku..
aku jugak berharap agar anak2 aku kelak akan jadi anak2 yang pentingkan ibu bapa lebih dari segalanya..

sebab bagi aku kemewahan tak menjanjikan apa-apa..
kebahagiaan yang pasti adalah kasih sayang dan doa seorang anak buat ibubapanya serta doa dan kasih sayang dari ibu dan bapa buat anaknya..

0 Comments:

Post a Comment