Go confidently in the direction of your dreams! Live the life you've imagined.

January 24, 2013

Selawat dan salam buatmu...

Maulidur Rasul 

(Arab : kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad . Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.

Baginda adalah nabi  terakhir yang diutus oleh Allah  Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi .

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam  di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Published with Blogger-droid v2.0.8

1 comment: